RSS

PROMOSI TERKINI REXCEL

Promosi Program REXCEL April – Julai 2012
————————————————-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog saya !

Berikut adalah program-program yang sedang REXCEL promosikan sepanjang bulan April hingga Julai 2012.

Untuk maklumat lanjut berkaitan outcome, pengisian, pelanggan REXCEL yang telah melanggan pakej & yuran istimewa program-program ini, sila hubungi perunding-perunding REXCEL di talian :

04-731 0852, 731 0852, 732 0852, 734 0852

atau emailkan ke admin@rexcel.com.my supaya kami boleh hantarkan kepada anda brosur lengkap program-program kami.

Anda dijemput untuk  melayari laman web rasmi REXCEL di http://www.rexcel.com.my dan mengikuti perkembangan program-program REXCEL di http://rapid.rexcel.com.my/blog..

 
1 Comment

Posted by on May 17, 2012 in INFO REXCEL

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

12 MAC..SAMPAI BILA KEHIDUPAN INI BERBAKI?

12 Mac tiba lagi.

Segala pujian bagi Allah yang telah mengizinkan saya menikmati kehidupan selama 30 tahun..Segala pujian bagi Allah yang masih memanjangkan usia saya hingga ke saat ini..

Cuma saya tidak tahu sampai bilakah kehidupan ini berbaki? Sampai bila Allah mengizinkan saya terus hidup di atas muka bumiNya? Sampai bila Allah mengizinkan saya bersama orang-orang yang saya sayangi? Sampai bila Allah mengizinkan saya untuk terus berdiri dan berjalan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang dipinjamkanNya bersama manusia lain? Apa yang saya tahu, saya perlu gunakan peluang hidup ini untuk terus membuat kebaikan. Apa yang saya tahu peluang yang masih ada perlu saya usahakan dengan memberi manfaat buat orang lain.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on March 23, 2012 in PENGALAMAN KEHIDUPAN

 

“KITAB ITU TIDAK MUNGKIN DARI MANUSIA”

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir (ingkar) kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on March 7, 2012 in DESTINASI MARDHATILLAH

 

Tags: , , , , , ,

PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SOLAT SUBUH

Saya sering diajukan soalan daripada adik-adik mahupun anak-anak program yang saya kendalikan tentang bagaimana caranya untuk mudah bangun Solat Subuh. Ada yang hanya mengharapkan ibu bapa/kawan-kawan kejutkan tak kurang yang menjadikan jam loceng dan ‘alarm’ handset sebagai alat untuk membangunkan mereka Solat Subuh. Yang berlaku, jam loceng atau alarm handset dimatikan dan kejutan ibu bapa itu ada yang tidak bersungguh-sungguh ataupun bila si anak menyahut terus ditinggalkan dengan jangkaan anak sudah bangun sedangkan mulut saja menyahut tetapi mata tak dibuka dan tubuh masih baring di tilam empuk.

Alhamdulillah, saya menemui sebuah buku bertajuk Keajaiban Solat Subuh (The Miracle of Solat Subuh) tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani yang telah diterjemahkan mempunyai beberapa tip untuk mudah bangun mendirikan Solat Subuh. Berikut ringkasan yang dapat saya simpulkan merujuk kepada buku di atas. Mudah-mudahan memberi manfaat buat saya dan kita semua

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2012 in KUASA BERTINDAK

 

Tags: , , , , , ,

KERJA ‘SIA-SIA’ YANG BERMANFAAT

“Atuk, Min nak tanya sikit boleh?”..

“Apa dia, tanyalah. Kalau Atuk boleh jawab, atuk jawab..kalau tak boleh, nanti Min dapatkan jawapannya pada orang lain pula ya,” senyum atuk.

“Min tengok atuk ni rajin sangat baca Al-Quran. Atuk faham ke apa makna ayat-ayat yang atuk baca tu?”

“Ehmmm atuk tak faham pun. Yang atuk tau siapa yang baca akan dapat pahala,”

“Apalah atuk ni..memang lah dapat pahala tapi bila atuk tak faham ayat-ayat tu, macam sia-sia saja. Contohnya atuk baca suratkhabar berbahasa Inggeris tapi atuk tak faham, kan namanya sia-sia saja. Kita baca supaya kita faham.” panjang lebar Min ‘bersyarah’ pada atuknya

Senyum atuk mendengar syarahan Min. Atuk tak menjawab tetapi meminta Min tolong dia buatkan satu kerja

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 20, 2012 in SANTAI BERISI

 

QAILULAH : IBADAH MUDAH BANYAK FAEDAH

Saya masih ingat sewaktu memulakan pengajian menengah di Maktab Mahmud, ustaz ustazah mahupun abang-abang senior berkongsi ilmu tentang salah satu sunnah Rasul Salallahu ‘Alaihi Wasallam ialah Qailulah yakni tidur seketika pada waktu tengahari. Berpegang kepada sunnah semata-mata, waktu itu saya tak pernah mengerti apakah kelebihan amalan ini dari sudut kesihatan fizikal dan mental ataupun manfaat dari aspek yang lain.

Baru-baru ini, semasa membaca akhbar Berita harian Edisi 8 Februari 2011, saya menemui kelebihan dan faedah dari amalan Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasallam itu melalui satu artikel bertajuk “Tidur Sekejap” yang ditulis oleh Sharifah Salwa Syed Akil. SubhanAllah Wa SollAllahu ‘Alaika Ya Muhammad, amalan yang mudah dilaksana ini mempunyai pelbagai kelebihan khususnya untuk kesihatan fizikal dan mental seorang manusia.

Qailulah bermaksud tidur sekejap di waktu tengahari. Daripada Anas RadhiAllahu anhu, sabda Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam : “Berqailulah lah kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (riwayat Tabrani). Persoalannya di sini, tidur sekejap tu dalam tempoh berapa lama dan tengahari itu pada waktu mana?

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2012 in KUASA BERTINDAK

 

KASIH KEKASIH

Saya mulakan catatan pertama di sini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Junjungan Mulia yang dirindui, Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Mudah-mudahan laman ini mendapat barakah dari hari yang mulia ini.

Menyebut tentang meraikan sambutan ulangtahun kelahiran baginda, marilah kita bermuhasabah sejenak sejauhmana sambutan ini mampu menjadikan kita sebagai umat baginda yang terbaik? Adakah sambutan tersebut sekadar berkumpul, berarak, diikuti ucapan mahupun ceramah Maulid dan diakhiri dengan pemilihan tokoh Maulidur Rasul? Kalau hanya itu sahaja, saya yakin andai Rasulullah masih ada sekarang pasti dia tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Kerana apa? Kerana baginda bukan mengharapkan suatu majlis rasmi untuknya tetapi yang lebih penting ialah kita menghayati sunnah dan ajaran yang dibawa dan menjadikan cara hidup baginda sebagai cara hidup kita.

Namun begitu, saya tidak bermaksud sambutan yang diraikan setiap tahun ini tidak baik atau tidak berfaedah tetapi biarlah sambutan yang kita adakan berjaya menzahirkan rasa cinta, kasih dan rindu kepada baginda melalui penghayatan sunnah dan ajaran yang baginda bawa. Kita jadikan hari ini sebagai ‘turning point’ untuk bertindak menyontohi akhlak, perjuangan dan tatacara kehidupan baginda.

Pernah tak terlintas di pemikiran kita andai Rasulullah masih ada, bagaimana perasaan baginda melihat keadaan umatnya? Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2012 in KOREKSI DIRI, KUASA BERTINDAK