RSS

KASIH KEKASIH

05 Feb

Saya mulakan catatan pertama di sini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Junjungan Mulia yang dirindui, Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Mudah-mudahan laman ini mendapat barakah dari hari yang mulia ini.

Menyebut tentang meraikan sambutan ulangtahun kelahiran baginda, marilah kita bermuhasabah sejenak sejauhmana sambutan ini mampu menjadikan kita sebagai umat baginda yang terbaik? Adakah sambutan tersebut sekadar berkumpul, berarak, diikuti ucapan mahupun ceramah Maulid dan diakhiri dengan pemilihan tokoh Maulidur Rasul? Kalau hanya itu sahaja, saya yakin andai Rasulullah masih ada sekarang pasti dia tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Kerana apa? Kerana baginda bukan mengharapkan suatu majlis rasmi untuknya tetapi yang lebih penting ialah kita menghayati sunnah dan ajaran yang dibawa dan menjadikan cara hidup baginda sebagai cara hidup kita.

Namun begitu, saya tidak bermaksud sambutan yang diraikan setiap tahun ini tidak baik atau tidak berfaedah tetapi biarlah sambutan yang kita adakan berjaya menzahirkan rasa cinta, kasih dan rindu kepada baginda melalui penghayatan sunnah dan ajaran yang baginda bawa. Kita jadikan hari ini sebagai ‘turning point’ untuk bertindak menyontohi akhlak, perjuangan dan tatacara kehidupan baginda.

Pernah tak terlintas di pemikiran kita andai Rasulullah masih ada, bagaimana perasaan baginda melihat keadaan umatnya?Kita mengaku sebagai umat baginda tetapi akhlak dan cara hidup sangat jauh dari yang baginda harapkan. Kita mengaku menyintai baginda tetapi cinta yang diterjemahkan hanyalah cinta Abu Lahab bukan seperti cintanya Abu Bakar kepada baginda. Segala jerih perit baginda berjuang membawa agama ini semakin dilupai dan dipinggirkan oleh umatnya.

Seperkara lagi yang perlu kita ingat, di samping kita menyambut 12 Rabi’ul Awwal sebagai tarikh mulia lahirnya Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam, 12 Rabi’ul Awwal juga merupakan tarikh perpisahan baginda dengan umatnya. Perjuangan baginda selama 23 tahun telah dinoktahkan bersama kasih sayang baginda yang sangat tinggi nilainya. “Ummati..ummati..ummati” diungkapkan hingga perginya roh baginda mengadap kekasih yang dirindui Allah Subhanahu Wataala

Jika benar kita mengaku umat Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam dan menyintai baginda, jom sama-sama kita BUKTIKAN!!

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2012 in KOREKSI DIRI, KUASA BERTINDAK

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: