RSS

KERJA ‘SIA-SIA’ YANG BERMANFAAT

20 Feb

“Atuk, Min nak tanya sikit boleh?”..

“Apa dia, tanyalah. Kalau Atuk boleh jawab, atuk jawab..kalau tak boleh, nanti Min dapatkan jawapannya pada orang lain pula ya,” senyum atuk.

“Min tengok atuk ni rajin sangat baca Al-Quran. Atuk faham ke apa makna ayat-ayat yang atuk baca tu?”

“Ehmmm atuk tak faham pun. Yang atuk tau siapa yang baca akan dapat pahala,”

“Apalah atuk ni..memang lah dapat pahala tapi bila atuk tak faham ayat-ayat tu, macam sia-sia saja. Contohnya atuk baca suratkhabar berbahasa Inggeris tapi atuk tak faham, kan namanya sia-sia saja. Kita baca supaya kita faham.” panjang lebar Min ‘bersyarah’ pada atuknya

Senyum atuk mendengar syarahan Min. Atuk tak menjawab tetapi meminta Min tolong dia buatkan satu kerja

“Min, tolong ambikkan guni kat bawah rumah tu. Min guna guni tu tolong atuk ambilkan air kat telaga sana dan bawakkan air tu ke sini”

Tanpa membantah, Min lakukan apa yang disuruh atuknya..Kali pertama ambil, mulanya air penuh dalam guni tersebut tetapi bila sampai ja pada atuknya air dah kering. Dia mencuba lagi..kali kedua, ketiga dan seterusnya, keadaan yang sama berlaku..Sehingga kali kesepuluh, Min dah penat, rasa berputus asa.

“Atuk, kalau macam ni seratus kali pun Min tak boleh bawak air pada atuk. Apalah atuk ni, suka suruh buat kerja yang sia-sia” rungut Min sambil menghempas guni ke tanah.

“Siapa kata sia-sia.Cuba Min tengok guni tu. Waktu mula Min ambil, kotor kan? Lepas Min isikan dengan air beberapa kali, guni tu dah jadi bersih walaupun air tak bertakung di dalamnya”

“Aah kan atuk, dah bersih guni ni” Min bersetuju.

“Haa, macam tu jugak bila kita rajin membaca Al-Quran. Walaupun kita tak faham dan boleh dianggap sebagai melakukan kerja sia-sia, tapi ianya sangat bermanfaat untuk menyucikan hati kita, menghapuskan dosa-dosa kita dan memberi ketenangan kepada diri kita. Macam air tadi yang membersihkan guni yang kotor tu…Tetapi kalau kita baca dan memahami isinya adalah lebih baik.”

 
Leave a comment

Posted by on February 20, 2012 in SANTAI BERISI

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: